DR Zulkifli ketika melawat Wisma FAM hari ini.
Ferzalfie Fauzi

SKUAD Harimau Malaya mendapat suntikan semangat apabila Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri turut menyatakan sokongan padu menjelang pertemuan dengan Indonesia esok.

Beliau yang melakukan lawatan mengejut ke Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menyeru agar peminat menjadi pemain ke-12.

“Ayuh semua Ekor Harimau Malaya. Kita pemain ke-12 wajib beri sokongan penuh kepada Harimau Malaya,” katanya di akaun Instagramnya hari ini.

Malaysia akan menentang Indonesia dalam saingan kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Dalam pada itu, Zulkifli turut tertarik dengan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang terdapat di FAM. FAM menerusi laman sosial, Facebook mengesahkan tiket untuk perlawanan esok sudah habis terjual.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 5:40 PM