REAKSI Yanto ketika sidang media di Bukit Jalil. - FOTO Mohd Yusni Ariffin
Syazwan Msar


TONGGAK skuad Indonesia, Yanto Basna mahu membalas dendam kekalahan kepada Malaysia pada perlawanan sebelum ini seterusnya menghadiahkan kemenangan pertama sepanjang kempen Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Yanto yang tidak beraksi ketika bertemu Malaysia di Gelora Bung Karno pada perlawanan sebelum ini sudah bersedia memberikan yang terbaik walaupun pasukan tidak lagi dipimpin Simon McMenemy.

Menurutnya, keadaan cuaca dan persekitaran yang baik di negara ini memberi kelebihan kepada barisan pemain Indonesia untuk mempamerkan cemerlang tanpa sebarang masalah.

PEMAIN Indonesia menjalani sesi latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Sekarang ini pemain masih lagi menganggap Simon sebagai ketua jurulatih walaupun beliau tiada namun segala tunjuk ajarnya begitu berguna kepada pasukan.

“Kami datang dengan membawa harapan iaitu bermain sehabis baik untuk dapatkan keputusan positif,” katanya dalam sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Sementara itu, Yanto yang juga tonggak pertahanan Kelab Sukhothai di liga Divisyen 1 Thailand berkata, ketiadaan Simon tidak akan menjejaskan rentak permainan pasukan kerana percaya pengendali baharu, Yeyen Tumena mampu menggalas cabaran terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 6:04 PM