Youcef Belaili (kiri) meraikan jaringan tunggal perlawanan berdepan Botswana. FOTO Agensi
AFP

YOUCEF Belaili menjaringkan gol dari sepakan sudut untuk membantu juara bertahan Algeria menang 1-0 ke atas Botswana dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Negara Afrika 2021, pagi ini.

Pemain sayap yang berpangkalan di Arab Saudi memanfaatkan kelebihan angin kuat di Gaborone untuk melencongkan bola di penjuru gawang gol mengatasi jangkaan penjaga gol, Kabelo Dambe pada minit ke-14.

Ia adalah jaringan tunggal dalam perlawanan itu dengan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Gape Gaogangwe dilayangkan kad merah ketika enam minit berbaki perlawanan.

Kapten Algeria dan pemain sayap Manchester City, Riyad Mahrez, yang tidak menyertai rombongan itu atas alasan peribadi yang enggan didedahkan.

Penyandang trofi itu berada di kedudukan teratas Kumpulan H dengan enam mata maksima selepas membelasah Zambia 5-0 di Blida Khamis lalu.

Sementara itu, Ghana turut mengekalkan permulaan sempurna dalam kelayakan bagi kejohanan 2021 di Cameroon dengan kemenangan 1-0 di Sao Tome e Principe menerusi penalti disempurnakan Jordan Ayew pada minit ke-50.

Penyerang Crystal Palace yang tidak beraksi pada tahap sebenar mudah menolak masuk selepas kekasaran terhadap Emmanuel Boateng.

Ghana mendahului Kumpulan C dengan enam mata, Afrika Selatan dan Sudan masing-masing tiga mata dan Sao Tome tanpa sebarang mata.

Jaringan menarik dari Johana Omollo belum cukup untuk membantu Kenya mencatat kemenangan dalam saingan Kumpulan G di Nairobi ketika Togo berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Dalam aksi kumpulan sama, Comoros memaksa pemegang rekod tujuh kali juara Afrika, Mesir seri tanpa jaringan, dengan beberapa kejutan kemenangan di Togo minggu lalu, membolehkan mereka berada di kedudukan pertama dengan empat mata.

Kenya dan Mesir masing-masing mempunyai dua mata dan Togo satu di bawah kendalian jurulatih veteran Perancis, Claude le Roy, yang tidak mempunyai kejayaan sama The Sparrowhawks berbanding ketika membimbing pasukan negara Afrika lain.

Pada aksi kumpulan lain, Gambia dan Mozambique menjaringkan gol pada minit akhir untuk memaksa keputusan seri 2-2 berdepan DR Congo dan Cape Verde.

Gambia dan Gabon berkongsi di kedudukan pertama dalam Kumpulan D dengan masing-masing memungut empat mata, juara dua kali Afrika, DR Congo dua mata dan Angola tanpa sebarang mata.

Witi menyelamatkan pasukan negaranya dengan gol minit ke-92 ketika bangkit dari ketinggalan dua kali untuk menyekat Cape Verde di Praia.

Gary Rodrigues menjaringkan gol pada babak pertama dan Ryan Mendes meletakkan the Blue Sharks di depan dan Mozambique menyamakan kedudukan dalam saingan Kumpulan F hasil usaha Edison Mexer.

Mozambique dan Cameroon masing-masing mempunyai empat mata, Cape Verde dua dan Rwanda satu.

Cameroon layak secara automatik sebagai tuan rumah namun beraksi dalam beberapa perlawanan kompetitif.

Keputusan Piala Negara Afrika

Kumpulan C

di Sao Tome

Sao Tome 0 Ghana 1 (J. Ayew 50-pen)

Kumpulan D

di Bakau, Gambia

Gambia 2 (Danso 52, Modou 90+2) DR Congo 2 (Bakambu 45+3, Muleka 75)

Kumpulan F

di Praia

Cape Verde 2 (Rodrigues 6, Mendes 57) Mozambique 2 (Mexer 18, Witi 90+2)

Kumpulan G

di Moroni

Comoros 0 Mesir 0

di Nairobi

Kenya 1 (Omollo 35) Togo 1 (Ouro-Sama 64)

Kumpulan H

di Gaborone

Botswana 0 Algeria 1 (Belaili 14)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 10:23 AM