Skuad Southgate berada dalam laluan Perancis dan Portugal. FOTO REUTERS
Agensi

ENGLAND berdepan igauan buruk pada peringkat kumpulan Euro 2020 biarpun mengesahkan kedudukan berada dalam kalangan pilihan utama.

Undian saingan itu akan menyaksikan skuad kendalian Gareth Southgate bakal berdepan juara dunia, Perancis dan juara Eropah, Portugal.

Prospek ‘Kumpulan Maut’ dilihat kian hampir dengan senario itu ketika saingan kelayakan hanya berbaki dua hari perlawanan, minggu ini.

Peraturan pelik dan rumit UEFA untuk pertandingan itu menyaksikan slot pasukan pilihan dalam saingan 24 pasukan ditentukan menerusi prestasi dalam kempen kelayakan.


Undian kemungkinan England pada Euro 2020.

10 pemenang kumpulan akan mengambil 10 kedudukan pertama diikuti 10 naib juara dan semuanya berdasarkan ranking mata, perbezaan gol dan jaringan gol.

Empat posisi terakhir akan diisi oleh play-off pertandingan mini Liga Negara Eropah yang akan membabitkan semua empat pasukan tuan rumah saingan itu.

Bagaimanapun dengan hanya enam kumpulan, hanya enam teratas akan berada dalam slot terbabit.

England, Belgium, Itali dan Ukraine semua sudah sah berada dalam enam teratas.

Perancis, kini di tangga kelima akan dipintas andai Sepanyol mengatasi pasukan sudah layak, Sweden, awal pagi esok manakala Jerman seri menentang Ireland Utara, awal pagi Khamis.

Keadaan itu akan meletakkan Perancis dalam Balang Dua yang turut menyenaraikan Croatia, Poland dan Russia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 1:58 PM