Prestasi Pochettino merudum dalam EPL musim ini. FOTO REUTERS
Agensi

MAURICIO Pochettino akan mengucapkan selamat tinggal terhadap £12.5 juta (RM52j) sekiranya dia meninggalkan Tottenham.

Bagaimanapun, cara terbaik untuknya mencapai impiannya adalah mengendalikan salah satu kelab gergasi Eropah.

Bayern Munich, Real Madrid dan Manchester United semuanya cenderung untuk mendapatkan Poch sebagai bos baru dan tidak mahu memberi sebarang komen dengan harapan Spurs akan memecatnya agar mereka tidak perlu membayar pasukan utara London itu pampasan lebih £30j (RM125j).

Pengerusi Tottenham Daniel Levy hanya akan melepaskan pengurus Argentina itu sebagai langkah terakhir kerana dia tidak mahu membayarnya £12.5j (RM52j) sekiranya dipecat.

Spurs kini berada di tangga ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hanya menang tiga perlawanan musim ini.

Pochettino gagal memenangi sebarang trofi kejuaraan sejak mengambil alih Tottenham pada Mei 2014 tetapi kekal calon pilihan dan masih mendapat permintaan selepas membawa kelab itu berada dalam kedudukan empat teratas EPL.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 1:59 PM