Agensi/Esme Jo

EDINSON Cavani dipercayai mencabar Lionel Messi sekiranya sekiranya mahu bertumbuk dengannya ketika Argentina seri 2-2 dengan Uruguay.

Menurut laporan akhbar Argentina, Ole, tindakan Cavani dirakam menerusi kamera menunjukkan dia mahu bergaduh dengan Messi ketika perlawanan itu berlangsung.

Ole mendakwa Messi membalas cabaran itu dengan berkata 'bila-bila masa boleh'.

Situasi itu berlaku ketika perlawanan persahabatan dua negara Amerika Selatan itu di Tel Aviv, Israel, semalam.

Laporan menyebut perbalahan ‘pot pet’ dua pemain superstar itu berlanjutan sehingga ke terowong bilik persalinan pemain selepas perlawanan berakhir.

Rakan sepasukan Messi di Barcelona, Luis Suarez terpaksa campur tangan meleraikan perang mulut mereka.

Insiden berlaku awal selepas kekasaran dilakukan terhadap Messi menyebabkan kapten Argentina itu dan Cavani bertekak di padang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 3:24 PM
Cavani (kiri) dilaporkan mengajak Messi bergaduh. FOTO REUTERS