Penyokong Malaysia dan Indonesia menanti sepak mula di Stadium Bukit Jalil. FOTO Firdaus Hashim/Syazwan Msar
Firdaus Hashim dan Syazwan Msar


SANGGUP ambil cuti dan menempuh perjalanan jauh semata-mata mahu memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya dalam kempen kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia malam ini.

Malah, ada antara penyokong sudah mula memenuhi perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur seawal jam 10 pagi untuk tidak terlepas peluang menyaksikan perlawanan terbabit yang akan berlangsung tepat jam 8.45 malam.

Tinjauan Arena Metro di perkarangan SNBJ mendapati suasana lebih meriah berbanding perlawanan menentang Thailand sebelum ini dengan harapan sokongan padu penyokong dapat membantu Malaysia meneruskan momentum kemenangan.

Mengikut kenyataan media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyatakan lebih 80,000 sudah terjual menerusi dalam talian.

Oleh itu, tiada penjualan tiket fizikal di kaunter selain tidak melantik mana-mana individu untuk menjualnya di sekitar stadium.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan mematuhi peraturan ditetapkan termasuk duduk di kerusi bernombor yang sudah disediakan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 4:15 PM