Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino. FOTO File Reuters
AFP

TOTTENHAM Hotspur memecat pengurusnya, Mauricio Pochettino hari ini, hanya selepas enam bulan pasukan itu mara ke final Liga Juara-Juara berikutan permulaan buruk di musim Liga Perdana Inggeris.

“Kelab hari ini boleh mengumumkan bahawa Mauricio Pochettino dan staf kejurulatihannya, Jesus Perez, Miguel D'Agostino dan Antoni Jimenez dilepaskan daripada tugas mereka.”

Tottenham yang menduduki tangga ke-14 dalam saingan Liga Perdana mengumumkannya menerusi satu kenyataan.

Pochettino, 47, menyertai Spurs daripada Southampton pada 2014 dan menjadi watak penting mengubah Tottenham antara pasukan yang sering tidak terlepas bersaing di Liga Juara-Juara sejak empat musim lalu.

Kemuncak kejayaan yang penuh dramatik bagi kelab itu di final Piala Eropah buat julung kali pada Jun di mana mereka tewas 0-2 kepada Liverpool di Madrid.

Begitupun, mempamerkan keputusan domestik tidak menentu sejak Februari.

Spurs harus berterima kasih kepada Arsenal dan Manchester United kerana memberi mereka tempat dalam kedudukan empat teratas musim lalu selepas aksi merudum lawan di penghujung musim tatkala Spurs hanya memenangi tiga perlawanan terakhir dalam 12 perlawanan liga.

Prestasi berkenaan berterusan pada permulaan musim ini dengan hanya tiga kemenangan dalam 12 perlawanan pembukaan meninggalkan Tottenham memungut 11 mata di luar daripada kelompok empat teratas dan 20 mata ketinggalan kepada pendahulu liga Liverpool.

“Kami pastinya enggan membuat perubahan ini dan ia bukan keputusan yang mudah buat lembaga pengarah, tidak sedikitpun,” kata pengerusi Tottenham, Daniel Levy.

“Keputusan domestik yang sangat dikesalkan pada penghujung musim lalu dan permulaan musim ini adalah sangat mengecewakan.

“Ia memaksa lembaga pengarah untuk membuat keputusan sukar - ia antara detik yang sukar yang kami tempoh bersama Mauricio dan barisan jurulatih - tetapi kami melakukannya demi kepentingan dan minat kelab ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 7:49 AM