Bekas pemain kebangsaan dan jurulatih dari Argentina, Diego Maradona. FOTO AFP
AFP

DIEGO Maradona meletak jawatan sebagai jurulatih kelab Superliga Argentina, Gimnasia hanya selepas tiga bulan mengambil alih tugas itu, menurut kenyataan kelab berkenaan.

“Maradona tidak lagi jurulatih Gimnasia,” kata Presiden kelab itu Gabriel Pellegrino kepada Radio La Red Argentina.

“Dia berkata dia berada di sini untuk menambah dua perkara, bukan untuk mengagihkan,” demikian penerangan Pellegrino mengenai keputusan pemenang Piala Dunia itu.

Laporan di Argentina mendakwa pemergiaan Maradona dikaitkan dengan pengurusan yang berlaku pada kelab di La Plata, 50 kilometer daripada Buenos Aires.

Bekas kapten Argentina berusia 59 tahun dan jurulatih yang mengambil alih di Gimnasia pada awal September, ketika pasukan itu berada di kedudukan tercorot daripada 24 kelab Superliga.

Diangkat sebagai wira selepas kembali dalam bola sepak Argentina selepas setahun berkelana sebagai jurulatih, Maradona memberikan kurang kesan di La Plata.

Gimnasia menang tiga daripada lapan perlawanan ketika dia mengambil alih, kesemua perlawanan di gelanggang lawan. Pasukannya mencatat lima kekalahan, empat daripadanya di gelanggang sendiri.

Tugas terakhirnya ketika pasukan itu menang 3-0 ke atas pasukan kedua terbawah Aldosivi minggu lalu yang membolehkan Gimnasia berada di kedudukan 22 daripada 24 pasukan liga.

Bekas jurulatih Argentina itu meletak jawatan sebagai pengendali kelab Divisyen Dua Mexico, Dorados pada Jun atas alasan kesihatan hanya selepas sembilan bulan mengambil alih tugas berkenaan.

Pelantikan Maradona di Dorados pada September sebelumnya bagaikan kejutan ketika sejarah sebagai jurulatihnya sejak meninggalkan tugas membimbing pasukan kebangsaan Argentina pada Piala Dunia 2010.

Dia juga melatih kelab Divisyen Dua di Emiriah Arab Bersatu, Al-Wasi dan Fujairah.

Bekas penyerang Barcelona dan Napoli membawa negaranya menempa kejayaan di Piala Dunia Mexico 1986 dan peringkat akhir di Itali empat tahun kemudian.

Teman wanita Maradona, Rocio Oliva, berkata kepada Fox Sports bahawa dia sudah menerima tawaran daripada dua kelab Superliga.

Salah satu daripada kelab yang didakwa berminat mendapatkan khidmatnya Argentinos Juniors menafikan laporan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 10:09 AM