Skip this ad x
GOH V Shem-Tan Wee Kiong mengungguli pusingan pertama Masters Korea, hari ini. FOTO arkib NSTP
Saiful Affendy Sapran


GANDINGAN beregu profesional lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong membuktikan mereka lebih unggul apabila berjaya menewaskan rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pada pusingan pertama Masters Korea, hari ini.

Berlangsung di Gwangju, V Shem-Wee Kiong menewaskan Yew Sin-Ee Yi dengan keputusan 21-16, 21-17 dalam tempoh 28 minit.

Pilihan ketujuh itu akan bertemu wakil tuan rumah, Kim Gi Jung-Lee Yong Dae pada pusingan kedua.

Satu lagi gandingan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan beregu tuan rumah, Na Sung Seung-Wang Chan 21-13, 21-14.

Naib juara Seluruh England itu akan bertemu wakil Taiwan yang juga pilihan keenam kejohanan, Lee Yang-Wang Chi Lin di pusingan kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 10:46 PM