Jose Mourinho mempunyai pengalaman luas di Liga Perdana Inggeris. FOTO File EPA
Reuters

KETUA jurulatih baharu Tottenham Hotspur, Jose Mourinho berjanji menunjukkan komitmen tinggi sekembalinya dia dalam bidang pengurusan kelab dan berkata salah satu keutamaannya adalah menggembirakan semula wajah peminat.

Spurs tergelincir di tangga ke-14 dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas permulaan musim yang buruk memecat Mauricio Pochettino kelmarin sebelum bersandar kepercayaan kepada Mourinho untuk mengubah nasib kelab itu.

“Apa yang saya mampu janjikan? Kesungguhan - untuk kerja saya, tetapi juga minat untuk kelab saya.. Saya mungkin tidak gembira dan jika saya tidak begitu gembira seperti biasa, saya tidak akan berada di sini,” kata Mourinho dalam temubual pertama menerusi laman web rasmi kelab itu.

“Mengenai pencapaian Liga Perdana pula kami tahu di mana kedudukan kami sekarang dan kami tahu kami tidak sepatutnya berada di sana.

“Kami harus bermain perlawanan demi perlawanan, perlawanan seterusnya kami mahu menang dan begitu juga berikutnya dan aksi seterusnya dan berikutnya sehingga perlawanan terakhir.

“Pada penghujung musim kita akan lihat di mana kita berada tetapi saya tahu kami akan berada di kedudukan berbeza daripada sekarang... saya menyahut cabaran ini, kepada tanggungjawab untuk membawa kegembiraan kepada semua yang menyayangi kelab ini.”

Bekas boss Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid dan Manchester United berkata dia gembira dengan barisan pemain Tottenham selepas sesi latihan pertama bersama pasukan itu semalam.

Mourinho menaruh kepercayaan kepada skuad yang menamatkan saingan Liga Perdana musim lalu di kelompok empat teratas buat empat musim berturut-turut dan muncul naib juara di belakang Liverpool dalam final Liga Juara-Juara musim lalu.

“Saya selalu memperkatakan mengenai potensi kelab ini. Saya sering bercakap tentang kualiti pemain. Saya selalu berkata mengenai usaha cukup dibanggakan yang dilakukan oleh kelab,” kata Mourinho.

“Saya sangat meminati pasukan ini dan melihat kelompok pemain muda di sini bahawa tidak ada pengurus dalam dunia ini yang tidak mahu memanfaatkan aksi pemain muda ini seterusnya membantu pemain muda meningkatkan permainan mereka.

“Masalahnya kadang kala anda berada dalam kelab di mana kerjanya di bawah kemampuan anda yang tidak begitu banyak untuk ditonjolkan pemain ini jadi saya melihat kepada sejarah kami.

“Akademi kelab ini sering menghasilkan bakat yang diperlukan untuk pasukan utama.”

Barisan kendalian Mourinho akan berkunjung ke West Ham United yang juga pasukan di tangga ke-16 dalam liga pada Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 8:30 AM