Townsend mahu Palace sekat 15 minit pertama Liverpool. FOTO REUTERS
Reuters

CRYSTAL Palace perlu mencari jalan menyekat tekanan awal permainan di setiap babak yang akan dicetuskan oleh Liverpool sekiranya mahu mendapat keputusan yang baik, kata pemain sayap, Andros Townsend.

Liverpool masih belum tewas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan memiliki kelebihan lapan mata di persada selepas menang 3-1 ke atas juara bertahan, Manchester City pada perlawanan terakhir mereka.

Lapan daripada 28 gol liga mereka hadir pada 15 minit pertama perlawanan pada setiap separuh masa.

“Ia menakjubkan, saya rasa mereka tahu cara mendapatkan gol awal di tahap maksimum 15 minit pertama,” kata Townsend kepada lawan web EPL, hari ini.

“Mereka akan membuatkan pemain lawan keluar dalam tempoh itu dan melakukannya ketika menentang Manchester City.

Biarpun mereka tidak bermain dengan baik, tahu-tahu mereka sudah mendahului 2-0.”

Townsend berkata selaku tuan rumah yang berada di tangga ke-12, pasukannya perlu bermain corak serangan balas untuk melakukan kejutan sepertimana dilakukan ketika menang 2-1 di Manchester United dan seri 2-2 di Arsenal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 2:45 PM