Ronaldo bersama Georgina dan anak-anak mereka. FOTO INSTAGRAM Cristiano Ronaldo
Agensi

SUPERSTAR Juventus, Cristiano Ronaldo mengahwini teman wanitanya yang memukau, Georgina Rodriguez menurut laporan akhbar di Itali.

Majalah gosip Itali, Novella 2000 mendakwa pasangan itu berkahwin di Maghribi.

Beberapa akhbar dan majalah di negara asal Cristiano mengulangi laporan itu dengan ada memberitahu kunjungan kali terakhirnya ke luar negara yang diketahui adalah ke Afrika Utara pada Mei lalu.

Berita itu mencetuskan spekulasi mereka sudah berkahwin beberapa bulan lalu tetapi ia tidak didedahkan kepada sesiapa.

Novella 2000 yang berjanji untuk memberi keterangan lanjut mengenai perkahwinan kapten Portugal itu memetik sumber yang rapat kepada pasangan itu sebagai berkata: “Saya memahami segala-galanya pada 29 Ogos.

“Pada hari berkenaan, Cristiano pergi ke Madeira bersama peguamnya dan menukar wasiatnya untuk melindungi Georgina.

“Sebelum ini, asetnya diuruskan oleh ibunya Dolores.”

Media Sepanyol termasuk beberapa akhbar serius negara terbabit seperti ABC dan El Mundo juga melaporkan berita itu.

Laporan itu bermula dengan tekaan perlawanan antarabangsa sama ada pemain bola sepak terbabit dan bekas temannya yang juga bekas pembantu kedai kini bergelar suami dan isteri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 5:55 PM