Logo sekarang (kiri) mendapat 60 peratus undian berbanding 40 untuk yang baru. FOTO Watford FC
Agensi

PENYOKONG Watford menghantar lebih 4,000 reka bentuk untuk logo baru kelab itu tetapi proses undian terlalu lama menyebabkan kelab mengambil keputusan mengekalkan apa yang ada sekarang.

Kelab dikenali sebagai The Hornets itu menawarkan penyokong peluang untuk mencipta logo mereka sendiri untuk saingan musim depan awal tahun ini.

Mereka dihujani dengan pebagai reka bentuk dan logo kreatif dihasilkan sebelum panel pemilihan menyenarai pendek Top 20.

Seorang peminat mengundi untuk menentukan logo ciptaan mana paling popular sekiranya dibandingkan dengan logo asal kelab itu.

Kelab turut mendedahkan reka bentuk terbaru menduduki senarai teratas, memenanginya dengan kiraan 60/40.

Kenyataan semalam menyebut: “Berikutan proses yang lama dan panjang dengan anda semua yang memainkan peranan penting, kami terharu untuk mengumumkan kelab ini akan mengekalkan logo sedia ada kelab Watford selepas mendapat keputusan undian 60/40.

“Tidak terdapat sebarang pertukaran untuk jersi tahun depan dan kami sudah menekan butang untuk produksi”.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 November 2019 @ 6:00 PM