Lucas Vazquez. FOTO Agensi
Reuters

PENYERANG Real Madrid, Lucas Vazquez dijangka berehat beberapa minggu selepas mengalami kecederaan retak jari kaki akibat terhempas bebanan ketika menjalani latihan di gimnasium lapor media Sepanyol semalam.

Real mengesahkan pemain berusia 28 tahun dijangka terlepas beberapa perlawanan dan jika laporan media tepat, Vazquez menjadi antara bintang bola sepak terbaru dalam senarai kecederaan.

Rakan sepasukannya Marco Asensio terpaksa melupakan perlawanan Liga Juara-Juara pada 2017 apabila mengalami jangkitan pada kaki selepas menggunakan pisau cukur.

Vazquez menyertai James Rodriguez, Nacho dan Asensio dalam senarai kecederaan menjelang pertembungan La Liga Sepanyol buat pasukan di tangga kedua, Madrid berdepan Real Sociedad awal pagi Ahad. Sociedad hanya ketinggalan dua mata di belakang Real.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 9:22 AM