SALAH alami kecederaan buku lali. - FOTO Agensi
Reuters

PENGURUS Liverpool, Juergen Klopp resah menunggu tahap kecergasan penyerang, Mohamed Salah menjelang pertembungan pendahulu Liga Perdana itu dengan Crystal Palace, malam esok.

Penyerang Mesir, Salah bergelut kecederaan buku lali selepas diasak pemain Leicester City, Hamza Choudhury ketika Liverpool menang 2-1 awal bulan lalu dan terpaksa disisihkan aksi Mesir menentang Kenya dan Comoro di samping foto menunjukkan dia memakai but pelindung di buku lali kiri.

"Dia berlatih semalam dan menjalani latihan seperti kami mahu. Kecederaannya bukan bertambah buruk tetapi ia masih ada,” kata Klopp dalam sidang akhbar hari ini.

"Kita perlu realistik. Saya perlu pantau sesi latihan hari ini sebelum membuat keputusan.”

Virgil van Dijk sedia diturunkan selepas menarik diri dalam aksi menentang Estonia pada pertengahan minggu ini tetapi Klopp belum menilai tahap kecergasaan pemain utama lain selepas pulang daripada misi antarabangsa.

"Virgil sedia is 100% tetapi tidak kepada yang lain,” kata pengendali dari Jerman itu.

"Hari ini sesi penting kepada pemain yang lewat lapor diri - Bobby (Roberto Firmino), Fabinho, Gini Wijnaldum. Anda perlu tunggu saat akhir untuk membuat keputusan tetapi tiada siapa yang cedera.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 11:19 PM