KHAIRULNIZAM tewas di tangan Ryan pada Sukan Sea 2017. - FOTO Zunnur Al Shafiq
Saiful Affendy Sapran


ATLET pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy mahu menjadikan Sukan Sea Filipina bermula 30 November ini sebagai misi membalas dendam.

Dia yang sudah pun layak beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 sekadar meraih gangsa dalam acara Laser Standard pada Sukan Sea Kuala Lumpur dua tahun lalu dengan emas dimenangi atlet Singapura, Ryan Lo.

Namun Khairulnizam berjaya mengatasi lawannya itu pada Sukan Asia Indonesia tahun lalu apabila meraih perak manakala Ryan sekadar gangsa.

"Hampir kebanyakan acara kami akan mendapat saingan sengit dari Singapura, Thailand dan Filipina. Untuk acara saya pula, saingan datang dari peserta Singapura (Ryan) di mana dia meraih emas ketika di Kuala Lumpur.


WELSON raih perak acara 400m gaya bebas.

"Saya yakin ia akan menjadi saingan cukup sengit sehinggalah ke hari terakhir. Sudah tentu saya mahu menebus kekecewaan pada 2017. Ryan pula pastinya mahu melakukan perkara sama selepas tewas dengan saya pada Sukan Asia tahun lalu," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan Jalur Gemilang dan insentif kepada pasukan pelayaran negara ke Sukan Sea hari ini.

Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) meletakkan sasaran untuk meraih empat pingat emas pada temasya Sukan Sea kali ini.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 11:35 PM