NATASHA tewas kepada pemain Amerika Syarikat.
Nor Hairulnizam Wahid


HASRAT pemain tenpin boling negara, Natasha Roslan melakar sejarah menjulang kejuaraan Kejohanan Piala Dunia Boling di Palembang tidak kesampaian apabila terkandas di separuh akhir hari ini.

Dalam aksi hari ini yang penuh 'kejutan' Natasha terus konsisten pada aksi lapan pemain terbaik apabila menduduki tangga kedua untuk mara ke separuh akhir.

Bagaimanapun, langkah Natasha untuk ke final terhenti selepas tewas kepada pemain Australia, Rebecca Whiting, 199-176.

Turut mengalami nasib sama, jagoan veteran Amerika Syarikat Kelly Kulick yang meskipun mendahului saingan lapan terbaik, kecundang kepada pemain Republic Dominica, Aumi Guerra, 194-179.

Rebecca terus garang pada aksi final apabila mengecewakan Aumi, 172-162. Kategori lelaki pula dijuarai pemain Afrika Selatan Francois Louw yang menghampakan wakil tuan rumah, Ryan Lalisang, 237-202.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 5:21 PM