Agensi/Esme Jo

BAYANGKAN pemain superstar yang memiliki ego tersendiri dipermainkan oleh rakan sepasukan ketika menjalani sesi latihan.

Apapun mengenainya itulah yang dilalui oleh Cristiano Ronaldo dan dia perlu bersetuju mengenainya selepas rakan sepasukan Juventus menjadikannya bahan jenaka.

Apa lebih menghiburkan plot jenaka praktikal itu dilakukan oleh rakan sepasukan veteran yang juga pemain pertahanan Leonardo Bonucci yang membuatkan Ronaldo kelihatan seperti pemain biasa.

Wajah Ronaldo yang dilihat begitu ceria berada di padang latihan tiba-tiba berubah dan kelihatan seperti bengang selepas bola lorongan pemain berusia 32 tahun itu melepasi celah kangkangnya.

Ia kelihatan seperti dia tidak berniat melakukannya dengan Ronaldo tidak mahu memperbesarkannya dan meneruskan sesi latihan itu.

Pada satu ketika Ronaldo sempat memberi reaksi seolah-olah ‘dia tak suka’ dengan apa dilakukan oleh Bonucci.

Bonucci pula sudah tentu tidak mahu membazirkan detik keemasan itu untuk mengenakan pemain superstar itu dengan ketawa bersama rakan sepasukan yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 November 2019 @ 5:41 PM
Ronaldo (kanan) bersama jurulatih Juventus, Maurizio Sarri. FOTO REUTERS
Ronaldo (kanan) bersama jurulatih Juventus, Maurizio Sarri. FOTO REUTERS