Azizulhasni belum dapat rentak. FOTO NSTP
Azizulhasni belum dapat rentak. FOTO NSTP
Azlan Muhammad Zain


JAGUH trek negara, Azizulhasni Awang dilihat masih belum ‘panas’ apabila tampil buat kali pertama pada siri ketiga Piala Dunia di Hong Kong.

Selepas menamatkan saingan keirin di kedudukan keenam semalam, The Pocketrocketman terkandas di pusingan kedua dalam acara pecut individu berlangsung hari ini.

Dia kecundang kepada pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya di pusingan kedua namun berjaya melakar catatan bawah 10 saat ketika pusingan kelayakan dengan masa 9.841 saat.

Catatan membolehkan dia menduduki tempat ke-13 daripada 41 pelumba bersaing dan menewaskan pelumba Amerika Syarikat (AS), James Mellen pada pusingan pertama.

Azizulhasni turut beraksi dengan baik dalam keirin apabila selepas muncul enam pelumba yang mara ke perlumbaan final namun terpaksa akur di kedudukan terakhir.

Pemenang gangsa Olimpik Rio berkenaan tidak menyertai siri pertama dan kedua Piala Dunia yang berlangsung di Belarus dan Great Britain baru-baru ini.

Manakala Fatehah Mustapa yang turut beraksi di Hong Kong, terkandas di pusingan pertama keirin selepas meraih tiket dalam pusingan repechage selain gagal melepasi pusingan kelayakan pecut individu apabila mencatatkan 11.460s.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 4:36 PM