X
Iheanacho meraikan jaringan ketika perlawanan berdepan Everton pagi ini. FOTO Reuters
Iheanacho meraikan jaringan ketika perlawanan berdepan Everton pagi ini. FOTO Reuters
AFP

KELECHI Iheanacho menjadi wira yang disangka ketika Leicester bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Everton 2-1 dan merapatkan jurang ke atas Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris dengan lapan mata.

Pemain Nigeria itu tidak beraksi langsung dalam liga perdana musim ini menunjukkan kemampuan selepas dimasukkan sebagai pemain gantian selepas satu jam permainan.

Iheanacho bergandingan baik dengan Jamie Vardy untuk gol penyamaan sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan.

“Pasukan terbaik mempunyai semangat,” kata Pengurus Brendan Rodgers melihat aksi kebangkitan barisan pasukannya.

“Ini adalah pasukan yang begitu kuat bersama. Kelechi mempamerkan aksi hebat bagi seseorang yang berlatih dengan sikap yang bagus setiap hari.

“Ia mengenai memberikannya keyakinan dan memperkemaskan semula peranannya. Yang lain terpulang kepada dirinya. Saya sangat bangga buat dirinya.”

Richarlison memberikan pasukan pelawat kejutan mendahului gol di King Power ketika Everton mempamerkan aksi yang tidak mampu lagi menyelamatkan masa depan jawatan pengurusnya Marco Silva menjelang pertembungan musuh setempat berdepan Liverpool pada awal pagi Khamis ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 7:12 AM