BEBERAPA acara serta penerbangan terutamanya yang membabitkan kontinjen negara terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan berikutan kebimbangan cuara buruk susulan Taufan Kammuri yang melanda Filipina. FOTO AIZUDDIN SAAD.
Saiful Affendy Sapran


BEBERAPA acara sukan serta penerbangan terutamanya yang membabitkan kontinjen negara terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan berikutan kebimbangan cuara buruk susulan Taufan Kammuri yang melanda Filipina.

Antara acara yang dikeluarkan dari jadual ialah petanque, luncur ombak, papan selaju dan pelayaran.

Semua perubahan jadual itu merujuk kepada keputusan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA 2019 Filipina (Phisgoc).

Syarikat penerbangan juga menunda kesemua jadual penerbangan atas faktor cuaca.

Ini bermakna tiada jadual penerbangan atlet dan pegawai sama ada dari Kuala Lumpur ke Manila atau dari Manila ke Kuala Lumpur sehingga diberitahu kelak.

Sukan yang terbabit dengan penangguhan jadual penerbangan dari Kuala Lumpur ke Manila hari ini ialah olahraga, terjun, gimnastik, kayak, e-sukan dan skuasy.

Manakala dari Manila ke Kuala Lumpur ialah bola keranjang, berbasikal, bola sepak wanita, triathlon dan bola jaring.

Taufan Kammuri melanda Filipina dengan hujan lebat dan angin kencang mencecah 185 kilometer sejam, lapor jabatan kaji cuaca.

Ribut itu berada dalam laluan untuk lalu berhampiran Manila, yang mempunyai 13 juta penduduk dan lokasi kebanyakan pertandingan Sukan Sea.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 9:30 AM