WILFRIED Zaha. FOTO Reuters
Reuters

PENGURUS Crystal Palace Roy Hodgson mahu Wilfried Zaha membiarkan spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan keluar daripada kelab itu bulan depan.

Media Britain melaporkan Arsenal, Everton dan Napoli berminat mendapatkan Zaha pada musim rehat liga tetapi Hodgson berjaya mengekang pemain sayap Ivory Coast itu yang masih dibawah kontrak dengan Palace hingga akhir musim 2022-23.

Hodgson berkata beliau tidak bimbangkan Zaha yang sebelum ini membayangkan keinginannya untuk meninggalkan kelab itu untuk memburu aksi Liga Juara-Juara.

“Kami berbangga memilikinya bersama kami dan saya masih mengharapkan kehadirannya dalam pasukan,” kata Hodgson.

“Pada musim panas, kelab menerima sekurang-kurangnya satu bidaan yang tidak sepatutnya diterima dan malangnya, jika dia melihatnya dari pandangan berbeza, dia perlu menghormati tempoh tiga tahun daripada kontrak empat tahun yang ditandatangani bersama kami.

“Secara peribadinya, saya tidak melihat di mana drama hebat dalam perkara ini.”

Zaha menjaringkan gol dalam dua perlawanan Liga Perdana berturut-turut menentang Liverpool dan Burnley dan memburu tiga perlawanan berturut-turut apabila Palace menanti kunjungan Bournemouth awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 12:31 PM