Ljungberg kini pengendali sementara Arsenal. FOTO REUTERS
Agensi

PENCARIAN Arsenal untuk pengurus baru terjejas akibat bajet terhad yang terbukti menafikan peluang mereka mendapatkan pengendali elit di Eropah.

Kelab itu masih mencari pengganti jangka panjang kepada Unai Emery selepas memilih Freddie Ljungberg sebagai pengendali sementara, Jumaat lalu.

Kelab utara London itu bagaimanapun tidak mampu untuk membayar gaji sepertimana dilakukan oleh enam pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL).

Emery dibayar sebanyak £4 juta pound (RM22j) setahun di Stadium Emirates iaitu gaji yang sedia diperbaiki oleh Arsenal tetapi tidak berada pada tahap kompetitif dalam kalangan elit Eropah.

Mauricio Pochettino, Carlo Ancelotti dan Max Allegri semua dijangkakan dua kali ganda gaji berkenaan yang berada di luar kemampuan Arsenal.

Malah, kombinasi pampasan dan gaji diperlukan untuk mengesahkan pengurus seperti Brendan Rodgers dan Nuno Espirito De Santo yang bermakna mereka berada di luar pilihan mereka.

Arsenal mencatat keuntungan £70 juta (RM379j) pada tahun kewangan terbaru tetapi angka itu secara keseluruhannya disebabkan oleh penjualan pemain £120j (RM650j) termasuk Alex Oxlade-Chamberlain, Olivier Giroud dan Theo Walcott pada musim 2017-18 jika tidak mereka akan mengalami kerugian yang teruk.

Kelab itu mengeluarkan belanja yang tinggi dalam skuad sejak Alex Iwobi meninggalkan kelab terbabit yang menyebabkan mereka kerugian dalam urusan jual beli pemain dan hanya menikmati pulangan sederhana dalam pendapatan komersil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 7:02 PM