Jeffrey Schlupp menjaringkan gol tunggal buat Palace. FOTO Reuters
Reuters

AKSI 10 pemain Crystal Palace menarik perhatian dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika jaringan tunggal Jeffrey Schlupp pada penghujung permainan membantu pasukannya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth, pagi ini.

Palace beraksi tanpa seorang pemain pada minit ke 19 selepas Mamadou Sakho dibuang padang kerana melakukan terjahan keras namun tuan rumah adalah pasukan yang lebih baik dan pemain gantian Schlupp mencetus kegembiraan di Selhurst Park dengan jaring kemenangannya pada minit ke-76.

Aksi yang cukup hebat buat Palace, yang melonjak ke tangga kelima liga dengan 21 mata.

Babak pertama agak membosankan hanya lebih tertumpu kepada tindakan luar kawalan Sakho ketika cuba mengeluarkan bola memberi kesan kesakitan kepada pemain Bournemouth, Adam Smith berhampiran garisan gol.

Masalah di barisan pertahan barisan Crystal Palace kendalian Roy Hodgson makin terjejas apabila Patrick van Aanholt kelihatan mengadu kesakitan hamstring yang dialami, begitu pemain gantian Schlupp mengakhiri perlawanan sebagai pemenang.

“Selalunya memang sukar beraksi dengan 10 pemain dan kami kehilangan pemain pertahanan kanan, jadi berdepan tekanan hebat,” kata Hodgson dengan wajah gembira ketika di temubual di kawasan padang oleh bekas penyerang Liverpool, Michael Owen dan bekas pertahanan Arsenal, Lee Dixon yang bertindak sebagai pengulas pada perlawanan itu.

“Ia menunjukkan kami seperti sudah tewas tetap pemain menunjukkan mereka tidak memikirkan soal kekalahan dengan karakter yang dipamerkan.

Bournemouth yang sudah tewas empat perlawanan berturut-turut ketika ini berada di kedudukan ke-12 dengan 16 mata, gagal memanfaatkan peluang beraksi lebih pemain malah aksi cemerlang penjaga gol Palace, Vicente Guaita turut menyukarkan usaha mereka.

“Ia sangat tidak baik. Mereka begitu tersusun dan kami seperti hilang punca. Kami kurang bijak memanfaatkan peluang.” kata pengurus Bournemouth, Eddie Howe.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Disember 2019 @ 7:48 AM