PATRICK Reed. FOTO AFP
AFP

PATRICK Reed mendahului tiga pukulan pada Cabaran Dunia Hero di Bahamas hari ini ketika Tiger Woods kembali dalam saingan selepas pusingan pertama yang hambar.

Bekas juara Masters Reed mencatat enam di bawah par 66 berturut-turut untuk menamatkan pusingan kedua dengan 12 di bawah par dalam kejohanan di Kelab Golf Albany.

Selepas angin kencang melanda lapangan itu semalam, Reed adalah antara pemain yang memanfaatkan kelebihan ketika keadaan semakin baik untuk melakukan catatan terendah.

Pemain Amerika Syarikat itu bermula perlahan, mencatat dua birdie pada sembilan lubang pertama untuk dua di bawah par.

Birdie berturutan pada lubang ke-10 dan 11 disusuli dua lagi di lubang ke-14 dan 15 dan biarpun mencatat birdie pada lubang ke-16, Reed kembali mencatat birdie pada lubang terakhir.

“Saya rasa bagus,” kata Reed selepas itu.

“Saya rasa permainan lebih jelas berbanding awal tahun ini. Saya memberi peluang kepada diri dan putter saya menjadi.”

Juara Terbuka AS Gary Woodland yang mendahului pusingan pertama mencatat tiga di bawah par 69 untuk menamatkan saingan di tangga kedua dengan sembilan di bawah par.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 11:33 AM