Jersi Pele dilelong pada harga RM138,000 di Turin. FOTO NFM/BT
AFP

JERSI digunakan oleh pemain legenda bola sepak Brazil, Pele ketika perlawanan terakhirnya untuk juara dunia lima kali itu dilelong 30,000 euro (RM138,000) di Itali.

Pemenang Piala Dunia tiga kali itu menyarung jersi itu pada perlawanan persahabatan menentang Yugoslavia di Stadium Maracana di Rio de Janeiro pada Julai 1971 iaitu kali terakhir beraksi bersama Brazil.

Pele, 79, dianggap antara pemain bola sepak terhebat sepanjang masa dan menjaringkan 77 gol untuk Brazil dalam 92 penampilan.

Jersi dijual dalam lelongan di Bolaffi, Turin, semalam.

Beberapa memorabilia lain dijual termasuklah jersi kuning dipakai oleh bintang berbasikal Itali Fausto Coppi dalam laluan memenangi Tour de France 1952 yang dibeli 25,000 euro (RM115,000).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 7:20 PM