NIGEL Pearson. FOTO AFP
AFP

BEKAS jurulatih Leicester dan Southampton Nigel Pearson diberi mandat mulai hari ini untuk cuba mengekalkan Watford dalam Liga Perdana Inggeris.

Pengendali berusia 56 tahun itu menggantikan Quique Sanchez Flores yang dipecat dengan Watford kini di tangga tercorot dengan hanya satu kemenangan sepanjang musim ini.

Mereka kini tujuh mata ketinggalan daripada kedudukan selamat.

“Nigel adalah jurulatih yang mengagumkan dan hadir dengan segala pengalaman dan kejayaan yang diharapkan mampu memberi impak positif terhadap musim kami,” kata pengerusi Watford dan ketua eksekutif kelab itu Scott Duxbury.

“Sesuatu yang menakjubkan dapat menghabiskan masa mendengar semangat yang diluahnya mengenai bola sepak.

“Semangat dan motivasinya saya yakin akan memandu pasukan ke hadapan dan mendaki liga pada minggu dan bulan berikutnya.”

Pearson sebelum ini berjaya mengekalkan Leicester dalam Liga Perdana pada 2015 sebelum digantikan Claudio Ranieri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Disember 2019 @ 8:23 AM