TZE Liang terus cemerlang apabila memenangi pingat emas menerusi acara 3 meter papan anjal individu lelaki dengan catatan 454.60 mata di Pusat Akuatik New Clark City hari ini. FOTO BERNAMA
Saiful Affendy Sapran


PENERJUN negara, Ooi Tze Liang terus cemerlang apabila memenangi pingat emas menerusi acara 3 meter papan anjal individu lelaki dengan catatan 454.60 mata di Pusat Akuatik New Clark City hari ini.

Rakan senegaranya, Syafiq Puteh pula meraih perak selepas memungut 402.50 mata manakala penerjun Singapura, Mark Lee sekadar gangsa dengan 325.50 mata.

Semalam Tze Liang memenangi emas menerusi acara 3 meter papan anjal seirama lelaki bersama pasangannya, Chew Yiwei.

Lebih menarik ia emas ke-11 yang diraih penerjun berusia 26 tahun dari Pulau Pinang itu sepanjang beraksi pada Sukan Sea.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Disember 2019 @ 3:16 PM