Benzema meledak gol buat Real Madrid. FOTO AFP
Reuters

TONGGAK Real Madrid, Raphael Varane dan Karim Benzema masing-masing menjaringkan satu gol untuk memastikan kemenangan selesa 2-0 pasukan itu ke atas Espanyol yang membolehkan mereka kembali ke puncak La Liga.

Madrid tidak mempamerkan aksi terbaik mereka namun melonjak tiga mata mengatasi pencabar, Barcelona yang akan melayan kunjungan Real Mallorca awal pagi esok.

Varane memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-37 selepas aksi suram pada awal permainan dengan Benzema mengumpan bola kepada pemain pertahan itu dan mudah menolak masuk gol buat pasukan tuan rumah.

Benzema mensia-siakan dua peluang terbaik namun memperoleh peluang kedua dari jarak dekat pada minit ke-79 sebelum pemain pertahanan Madrid, Ferland Mendy di buang padang empat minit kemudian berikutan menerima kad kuning kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Disember 2019 @ 10:53 PM