Ferguson (dua kanan) meraikan kejayaan pasukan bersama pemainnya ketika Everton menewaskan Chelsea, hari ini. FOTO Reuters
Reuters

PENGURUS sementara Everton, Duncan Ferguson memberi inspirasi kebangkitan aksi pertembungan tradisi di Goodison Park ketika barisan kendaliannya menewaskan Chelsea 3-1 dan terkeluar daripada zon penyingkiran Liga Perdana hari ini.

Dua gol sumbangan Dominic Calvert-Lewin selepas Richarlison menjaringkan gol pembukaan memberikan gambaran bahawa tindakan Ferguson mengubah tahap agresif menerusi formasi 4-4-2 ketika bekas penyerang Everton menggantikan Marco Silva yang dipecat.

Mateo Kovacic meledak buat pelawat selepas 52 minit untuk merapatkan kedudukan 2-1 buat sementara namun aksi bersemangat pemain Everton di hadapan penonton sendiri dan memberi maklum balas kepada Ferguson menerusi persembahan bertenaga.

Begitupun, warga Scotland itu berkata dia tidak akan menjadikan persembahan baik itu untuk meminta jawatan sebagai pengurus tetap.

“Sejujurnya, saya tidak akan bertanya mengenai jawatan itu. Saya hadir ke sini kerana Everton. Ia pengalaman yang sukar dipercayai. Salah satu yang sukar saya lupakan. Kami mahu pengurus terbaik dalam dunia di Kelab Bolasepak Everton. Ia bukan hanya mengenai satu perlawanan. Ia adalah satu keputusan.”

Keputusan itu menyaksikan Everton melonjak ke tangga ke-14 dengan 17 mata, dua mata mengatasi zon penyingkiran sementara skuad Chelsea kendalian Frank Lampard kekal di kedudukan ke empat dengan 29 mata dalam 16 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Disember 2019 @ 11:45 PM