Ozil meraih pendapatan RM1.9j seminggu bersama Arsenal. FOTO REUTERS
Agensi

SETIAP kali menjejak kaki ke dalam rumahnya yang berharga berjuta-juta pound, surat tulisan tangan ibunya yang tergantung di dinding pasti mengingatkan bintang Arsenal, Mesut Ozil.

Puan Gulizar Ozil yang sendiri menggantung surat itu sejurus anaknya menandatangani kontrak mewah bersama Arsenal dari Real Madrid dengan nilai perpindahan £42.5 juta (RM232j) enam tahun lalu.

Ia berbunyi: “Mesut, jangan lupa, anda ada tetamu dalam dunia ini sepertimana kami semua.

“Tuhan menganugerahkan anda bakat tertentu tetapi ia tidak memberikannya kepada anda hanya untuk menjaga diri sendiri.

Ozil pada hari perkahwinannya bersama Amine. FOTO Instagram M10

“Jika tidak berkongsi kemewahan dimiliki dengan orang memerlukan, Ozil bukan anak mak”.

Ia juga menjelaskan mengapa bintang Muslim Gunners yang bergaji £350,000 (RM1.9j) seminggu itu perlu memiliki jihad peribadi untuk membantu orang kelaparan, sakit dan tiada tempat tinggal.

Dalam temu ramah eksklusif ejen Jerman, peguam dan guru, Dr Erkut Sogut, itu membuka mata kehidupan peribadi yang dirahsiakan oleh salah seorang pemain bola sepak terkaya dunia.

Pada hari perkahwinannya bekas Ratu Cantik Turki, Amine Gulse pada musim panas lalu, Ozil berjanji untuk membiayai 1,000 operasi untuk kanak-kanak memerlukan di serata dunia.

“Pada Piala Dunia tahun lalu, dia (Ozil) memberitahu dia mahu melakukannya dengan lebih besar.

Mari kita tukar kehidupan 1,000 kanak-kanak, marilah kita lakukan 1,000 operasi’.

Erkut membalas “Ia akan membuatkan anda perlu mengeluarkan kos sampai berjuta-juta”.

Ozil membalas :‘Jika saya tidak berkongsi wang saya sekarang, bila lagi? Dan dengan siapa?’

“Mesut datang daripada keluarga miskin. Ibunya melakukan dua kerja pembersihan sehari.

Dia faham makna tidak memiliki segala-galanya.

“Erkut, saya meraih pendapatan sangat tinggi, saya tidak dapat menghabiskannya jadi saya boleh membelanjakannya kepada orang lain.”

Ozil mengakui: “Sebagai pemain bola sepak, saya bernasib baik dan mendapat keistimewaan. Saya dan isteri saya akan membiayai 1,000 kanak-kanak memerlukan.”

Malah, antara hadiah perkahwinan diberikan termasuklah memberi makan kepada 100,000 orang tiada tempat tinggal di 16 kem pelarian dan perlindungan di Turki dan Syria.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 1:56 PM