P Madhuri (kiri) menewaskan Tippawan untuk kekalkan pingat emas Malaysia. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN
Firdaus Hashim


PEMENANG pingat emas acara kumite bawah 55 kilogram (kg), P Madhuri mengakui tunjuk ajar atlet senior Syakilla Salni Jefry Krisnan sebelum ke Sukan Sea 2019 membantu persembahannya.

Madhuri, 20, membuat kejutan apabila mudah menumbangkan atlet Thailand, Khamis Tippawan 4-1 dalam aksi final di Pusat Dagangan Dunia di Manila, hari ini.

Jelasnya, dia bertekad untuk menjadi sehebat Syakilla atau lebih baik daripada mentornya itu.

Kejayaan Madhuri menyaksikan acara berkenaan terus dipertahankan selepas Syakilla meraih emas di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

"Syakila senior dan seorang pejuang yang baik,” katanya.

Ia emas kedua di temasya Filipina selepas S Prem Kumar membuka gelanggang dengan emas pertama dalam acara kumite bawah 55kg, semalam.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 5:45 PM