Yusri jurulatih skuad Kelantan. FOTO File NSTP
BERNAMA

KETUA jurulatih The Red Warriors (TRW) Yusri Che Lah berkata kehadiran Kelantan United (KUFC) pada saingan Liga Perdana musim depan sebagai sesuatu yang positif kepada kemajuan bola sepak Kelantan.

Menurutnya, penyokong bola sepak negeri ini tidak seharusnya melihat kehadiran KUFC sebagai musuh tidak baik kepada pasukannya.

"Ia satu saingan yang cukup baik terutamanya dari segi kejohanan dan kebaikan kepada rakyat Kelantan sendiri khususnya kepada pemain muda kerana mereka mempunyai dua pasukan untuk diangkat bermain di peringkat yang tinggi.

"Saya berharap kedua-dua pasukan tidak menjadi musuh yang tidak baik, pada pandangan saya ia cukup berguna kepada bola sepak Kelantan untuk menaikkan semula imej bola sepak negeri ini," katanya.

Pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, Kelantan mempunyai dua wakil apabila pasukan KUFC melayakkan diri untuk beraksi pada saingan Liga Perdana selepas muncul juara pada Liga M3 musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 9:56 PM