Afizi Azizan (kanan sekali) penganjur terima sambutan luar biasa.

OOFERS muncul juara sulung Kejohanan VRinity Special Force Ace 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pasukan berkenaan yang dibarisi Hayden Vickery dan Oscar Reynolds berjaya mendapatkan jumlah "kills" tertinggi dan "deaths" paling rendah dalam permainan e-sports berkonsepkan Virtual Reality (VR) itu.

Sebagai juara, Oofers menerima wang tunai RM500 serta pingat dengan naib juara milik SAB (RM300) dan Sun Bird (RM150) ketiga pada pertandingan yang berlangsung di Mall of Medini, Iskandar Putrianjuran Virtua Realm Sdn. Bhd itu.

Pengurus Besar Virtua Realm Sdn Bhd, Afizi Azizan berkata, ia adalah kejohanan pertama di Iskandar Puteri dan gembira dengan maklum balas yang di terima daripada masyarakat.

“Kami amat gembira apabila melihat sambutan diberikan terutama bagi peminat permainan ini daripada peringkat pelajar, kakitangan kerajaan dan mereka yang berstatus profesional.

“Diharap kejohanan ini dapat dikembangkan lagi sekali gus dapat memupuk budaya sihat dalam kalangan masyarakat terutama belia berikutan mampu memupuk semangat berpasukan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 10:44 PM