DA Silva raih gangsa acara tinju. FOTO Agensi
Agensi

TIMOR Leste memenangi pingat pertama mereka pada hari ketujuh Sukan Sea 2019 menerusi Jose Barretto Quintas Da Silva dalam acara tinju lelaki kategori flyweight 52kg.

Da Silva meraih gangsa selepas tewas kepada petinju Thailand, Ammarit Yaodam dengan kiraan mata 1-4 pada separuh akhir semalam.

Sebelum itu, ratusan penyokong Filipina berkumpul di Stadium Ninoy Aquino bagi menyatakan sokongan kepada atlet taekwondo Timor Leste, Amorin Imbrolia Araujo dos Reis dan terbukti berkesan apabila Araujo dos Reis meraih gangsa yang juga pingat pertamanya dan kedua buat negaranya di Sukan Sea 2019.

Susulan kejayaan itu, lebih ramai penyokong Filipina mengucap tahniah kepada Araujo dos Reis dan menyatakan kekaguman mereka terhadap semangat juang ditunjukkan atlet Timor Leste.

“Berita gembira saya terima hari ini – akhirnya Timor Leste dapat gangsa acara taekwondo Sukan Sea Ke-30, mereka tidak pulang tangan kosong #SEAGames2019,” @ kata DewCrook.

@edwidjonlennon berkata: “Penyokong Filipina di Rizal Memorial Coliseum bakar semangat atlet taekwondo Timor-Leste seperti dia bertanding di tempat sendiri. Detik amat bermakna! #SEAGames2019 #WeWinAsOne”

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 12:01 PM