REAKSI pemanah negara selepas menewaskan Vietnam. FOTO Aizuddin Saad
Saiful Affendy Sapran


PASUKAN compound lelaki negara menyumbang pingat emas pertama skuad memanah selepas menewaskan Vietnam dengan keputusan 224-216 pada aksi final di Parade Ground, hari ini.

Gandingan Muhammad Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan dan M Khambeswaran mempamerkan aksi cemerlang menyerap segala tekanan sekali gus berjaya mempertahankan pingat emas bagi acara itu untuk kali ketiga berturut-turut.

Kejayaan itu jelas menyelamatkan maruah kem memanah negara yang bergelut dengan prestasi tidak menentu pada temasya kali ini.

Kem negara berpeluang menambah satu lagi emas pada petang ini menerusi acara terakhir compund individu wanita apabila Fatin Nurfatehah Mat Salleh layak ke final.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 12:59 PM