Sancho (kiri) dan Wilson berada dalam perancangan jendela perpindahan Januari Lampard. FOTO REUTERS
Agensi

CHELSEA bersedia mengeluarkan belanja untuk jendela perpindahan Januari selepas hukuman terhadap mereka dikurangkan.

Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan berpangkalan di Switzerland menerima rayuan daripada kelab gergasi London itu untuk mendapatkan pemain baru.

Benteng pertahanan dan serangan menjadi keutamaan bos Chelsea, Frank Lampard yang berharap Chelsea akan lebih kompetitif dalam perebutan kejuaraan jika tidak musim ini musim depan.

Lima pemain kemungkinan disenarai pendek oleh Lampard untuk dibawa ke kelab itu adalah:

Ben Chilwell

Pilihan utama bek kiri England pada Euro 2020 selepas pemain pertahanan Leicester itu menyerlah pada saingan Liga Perdana musim ini.

Wilfried Zaha

Pemain sayap Crystal Palace itu memberitahu kelabnya mahu berhijrah untuk mendapatkan peluang dalam Liga Juara-Juara (UCL).

Jadon Sancho

Pemain sayap Borussia Dortmund itu berhasrat kembali ke England selepas menyinar beraksi dalam Bundesliga.

Benoit Badiashile

Pemain handalan Monaco, Benoit Badiashile juga berada dalam sasaran Lampard untuk memperkuatkan benteng pertahanan.

Calum Wilson

Tammy Abraham masih pilihan utama serangan Chelsea tetapi Wilson beraksi dengan baik di Bournemouth malah membuat empat penampilan bersama England.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 7:14 PM