Abramovich (kiri) tolak tawaran Boehly untuk beli Chelsea. FOTO REUTERS
Agensi

PEMILIK Chelsea Roman Abramovich menolak tawaran mewah ahli perniagaan Amerika Syarikat, Todd Boehly untuk membeli kelab itu disebabkan penilaian dilakukannya kurang £3 bilion (RM16.4 bilion).

Boehly yang memiliki 20 peratus pemilikan dalam pasukan LA Dodgers beraksi dalam Major League Baseball adalah orang terbaru berminat untuk mendapatkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Menurut akhbar Britain, Financial Times, tawarannya itu ditolak oleh Abramovich biarpun harga sebenar tidak diketahui.

Boehly yang meraih kekayaan sebagai pengasas Eldridge Industries selepas meninggalkan Guggenheim Partners, terbabit dalam pelaburan yang tinggi dalam bidang media, sukan dan hartanah.

Eldridge mempunyai lebih 2,500 pekerja dalam semua perniagaan dijalankan.

Dia mendapat pendidikan di London School of Economics dan nilai Eldridge dianggarkan sebanyak £4.72 juta (RM26 bilion).

Ahli perniagaan Amerika Syarikat itu dikatakan cuba untuk menguji pembelian itu selepas masa depan Abramovich bersama kelab dibeli pada 2003 lalu masih tidak menentu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Disember 2019 @ 7:03 PM