Benitez sedia ambil tugasan Everton atau Arsenal. FOTO REUTERS
Agensi

RAFA Benitez memberitahu kesetiaannya kepada Liverpool tidak menghalangnya daripada mengendalikan bekas kelab musuh Merseyside, Everton sekiranya mendapat tawaran.

Bekas bos Liverpool dan Real Madrid itu yang dikaitkan dengan kekosongan jawatan pengurusan di Everton atau Arsenal kini mengendalikan kelab Dalian Yifang di China selepas meninggalkan Newcastle pada musim panas lalu.

The Toffees memecat Marco Silva, minggu lalu manakala pencabar Liga Perdana Gunners kini mencari pengganti tetap untuk Unai Emery.

Benitez masih kekal pengurus keramat dalam kalangan penyokong Liverpool selepas membawa pasukan itu memenangi Liga Juara-Juara (UCL) 2005 dan Piala FA pada musim berikutnya.

Biarpun tidak terburu-buru mahu meninggalkan kelab Liga Super China itu, pengurus Sepanyol itu bersikap terbuka untuk mengambil alih tugasan di Goodison Park.

“Sudah tentu saya mempunyai perkaitan dengan Liverpool, ia sangat jelas.

“Bagaimanapun kami berada dalam satu bandar, ramai kawan dalam kalangan Evertonians dan Liverpudlians,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Disember 2019 @ 7:38 PM