Megat Zulkarnain (dua dari kanan) berdiri bagi menghormati lagu kebangsaan negara ASEAN yang dimainkan pada Upacara Menaikkan Bendera Kontinjen Sukan Sea. FOTO NSTP
Saiful Affendy Sapran


KETUA Kontinjen Negara ke Sukan Sea (CDM), Datuk Megat Zulkarnain Omardin mengakui kontinjen negara gagal memenuhi sasaran 70 pingat emas yang disasarkan pada temasya Sukan Sea Filipina kali ini.

Justeru itu, beliau mewakili kontinjen negara memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalan itu.

"Banyak faktor kepada kegagalan ini dan saya harus akui ia adalah Sukan Sea paling mencabar sepanjang pengalaman di beberapa Sukan Sea sebelum ini.

"Saya mengakui kami gagal capai sasaran. Kami tidak boleh menafikannya," katanya pada sidang media hari ini.

Kontinjen negara meraih 56 emas 57 perak dan 71 gangsa.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019 @ 1:30 PM