Penyerang PSG Neymar (kanan) meraikan jaringan bersama Mbappe. FOTO AFP
Reuters

KYLIAN Mbappe dan Neymar berada pada prestasi terbaik ketika Paris St Germain membelasah Galatasaray 5-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Liga Juara-Juara di Parc des Princes, awal pagi ini.

Kedua-duanya Mbappe dan Neymar menjaringkan satu gol dan membantu mencipta dua lagi jaringan ketika juara Perancis, yang sudah memastikan mereka mengakhiri kempen saingan peringkat kumpulan di kedudukan teratas, penamat dengan 16 mata, lima mata di depan Real Madrid selepas juara 13 kali berkenaan menewaskan Club Brugge, 3-1 di gelanggang lawan.

Galatasaray turut membenar gol yang dijaringkan oleh Pablo Sarabia, Mauro Icardi dan Edinson Cavani sekali gus menamatkan saingan dengan dua mata, tersingkir daripada semua kejohanan Eropah.

Beberapa penyokong PSG dan Galatasaray bergaduh sebelum sepak mula di luar stadium dengan salah seorang daripada penyokong terpaksa di bawa ke hospital selepas mengalami kecederaan menurut sumber polis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 6:56 AM