Gennaro Gattuso. FOTO File Reuters
Gennaro Gattuso. FOTO File Reuters
AFP

GENNARO Gattuso hari ini mengambil alih tugas sebagai jurulatih Napoli selepas Carlo Ancelotti dipecat walaupun membawa pasukan itu mara dalam kelompok 16 terbaik Liga Juara-Juara, umum kelab bermasalah Serie A itu.

Gattuso yang meninggalkan AC Milan pada penghujung musim lalu selepas gagal layak ke Liga Juara-Juara, mengambil alih tugas di kelab yang menduduki tempat ke tujuh Serie A itu.

“Sasaran jelas adalah memperoleh semula mata dan kembali kepada kedudukan Liga Juara-Juara,” kata Gattuso, yang memenangi Piala Dunia 2006 sebagai pemain Itali.

“Kami harus bekerja keras, memenangi semula mata dan melepasi tempoh sukar ini.”

Pengendali berusia 41 tahun menggantikan rakannya Ancelotti, yang melatih Gattuso dalam dua Liga Juara-Juara dan satu kejuaraan Serie A dalam tempoh lapan tahun mengendalikan juara Eropah tujuh kali, Milan.

“Ancelotti bagaikan seorang bapa kepada saya.” tambahnya.

“Dia sentiasa rapat dengan saya dan memberi sokongan kepada saya. Dia sudah memenangi semuanya dan saya masih ada banyak ruang untuk peningkatan.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 9:07 AM