Aksi jaguh snuker dunia Ronnie O'Sullivan. FOTO File Agensi
AFP

JAGUH Snuker Ronnie O'Sullivan menambah satu lagi fasa dalam karier yang penuh warna warni hari ini apabila enggan bersalam tangan dengan lawannya dan pengadil sebelum perlawanan di Terbuka Scotland atas sebab kesihatan.

Secara tradisi, pemain akan bersalam tangan antara satu sama lain dan pegawai perlawanan sebelum memulakan permainan namun juara dunia lima kali, O'Sullivan enggan berbuat demikian hanya di Glasgow kerana faktor kesihatan.

Sebaliknya di cuba mengelak daripada bertembung dengan kedua-duanya iaitu James Cahill dan pengadil sebelum mencatat kemenangan 4-0 dalam pertandingan all-English.

“Saya akui saya agak OCD (obsess gangguan sekitar) dengan kuman,” kata O'Sullivan kepada Eurosport selepas perlawanan itu.

“Saya tidak membuka tombol pintu, saya selalu menggunakan tisu di pembuka pintu. Saya agak OCD mengenai perkara itu,” tambah pemain berusia 44 tahun itu.

“Saya mempunyai sedikit masalah berkaitan kuman. Ia mudah untuk mencegah dan mengelak daripada jangkitan kuman.”

Cahill merakamkan kemenangan mengejut ke atas O'Sullivan pada Kejohanan Dunia tahun lalu tetapi ‘the Rocket’ terlalu kuat buat pemain berusia 23 tahun itu, apabila hanya memerlukan 30 minit untuk memastikan kemenangannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 9:39 AM