Skuad Sepanyol akan berdepan Portugal pada aksi pemanas badan. FOTO REUTERS
AFP

SEPANYOL akan beraksi pada perlawanan pemanas badan Euro 2020 dengan berdepan Portugal pada perlawanan persahabatan, umum Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), hari ini.

Skuad Luis Enrique akan berdepan juara Eropah itu di Wanda Metropolitano di Madrid pada 5 Jun.

Sepanyol akan beraksi pada perlawanan pertama 10 hari kemudian menentang Sweden dengan Poland satu lagi lawan perlu dihadapi mereka dalam saingan Kumpulan E.

Mereka juga akan berdepan pemenang perlawanan play-off.

RFEF juga sudah mengesahkan perlawanan persahabatan menentang Jerman di tempat sendiri pada 26 Mac dan Belanda di Arena Johan Cruyff Arena pada 29 Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 9:38 PM