N’Gog mencuba nasib di Vietnam. FOTO REUTERS
Agensi

DIA jarang menyinar ketika Liverpool memulakan saingan penuh bermasalah ketika musim 2010/11 dan hanya menjaringkan tujuh gol daripada sembilan perlawanan.

Namun kini, David N'Gog sedia untuk melancarkan karier barunya di Asia Tenggara.

Bagaimanapun pemain berusia 30 tahun itu bukanlah salah seorang bintang bola sepak Eropah yang tertarik ke China disebabkan kontrak serta gaji lumayan ditawarkan.

Penyerang Perancis itu sebaliknya kini menjalani ujian di Ho Chi Minh City (HCMC) yang juga naib juara League 1 Vietnam iaitu saingan liga utama negara itu.

Akhbar berbahasa Inggeris negara itu, Viet Nam News melaporkan N'Gog yang pernah beraksi bersama Paris St Germain dan Bolton Wanderers, berada dalam kalangan pemain asing mencari tempat bersama pasukan baru musim depan.

HCMC FC juga kini bertarung dalam Liga Juara-Juara Asia untuk kali pertama musim depan tetapi kelab yang beraksi dalam liga itu akan memulakan saingan liga pada Februari dihadkan untuk mempunyai tiga pemain asing dan seorang pemain naturalisasi kelahiran Vietnam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 7:42 PM