Coutinho (kanan) meledak hatrik dalam saingan Bundesliga Jerman berdepan Bremen. FOTO AFP
AFP

PHILIPPE Coutinho meledak hatrik ketika Bayern Munich membelasah Werder Bremen 6-1 dalam saingan Bundesliga awal pagi ini, sekali gus menamatkan rekod kekalahan berturut-turut di Jerman.

Pemain kebangsaan Brazil menyamakan kedudukan pada minit ke-45 di Allianz Arena sebelum Robert Lewandowski meletakkan Bayern di depan pada penghujung minit akhir babak pertama perlawanan.

Coutinho menambah gol ketiga dalam tempoh sejam perlawanan dan Lewandowski memastikan gol ke 18 buatnya sebagai pendahulu liga sebelum Thomas Mueller menjadikannya 5-1.

Coutinho melengkapkan hatrik 12 minit sebelum tamat permainan ketika Bayern kembali bersaingan dengan empat mata ketinggalan kepada pendahulu Borussia Moenchengladbach yang akan berkunjung ke Wolfsburg hari ini.

Borussia Dortmund mengekori rapat dengan dua mata menghampiri Gladbach susulan kemenangan 4-0 ke atas Mainz.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 7:37 AM