Pemain Riong BC dan SMBC Sentul beraksi pada perlawanan badminton persahabatan di Balai Berita NSTP.

KELAB Badminton Riong (Riong BC) mengadakan perlawanan badminton persahabatan menentang Kelab Badminton Sentul Murni (SMBC Sentul) di gelanggang badminton Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Perlawanan diadakan sebagai salah satu usaha menggalakkan aktiviti sukan selain mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak.

Rancak aksi pemain pada perlawanan badminton persahabatan. FOTO Eizairi Shamsudin

Riong BC yang dibarisi kakitangan kumpulan New Straits Times Press (NSTP) daripada pelbagai jabatan mencatat kemenangan 6-1 pada aksi membabitkan tujuh beregu lelaki itu.

Riong BC dan SMBC Sentul pernah menyertai beberapa kejohanan badminton yang dianjurkan di sekitar Lembah Klang selain aktif menjalankan perlawanan badminton persahabatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 2:14 PM