GOULON aset Pahang di bahagian pertahanan.
GOULON aset Pahang di bahagian pertahanan.


PEMAIN pertahanan import Pahang musim ini, Herold Goulon kekal bersama skuad bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. 

Pemain berumur 31 tahun itu dijangka kembali bersama skuad Tok Gajah awal Januari depan, selepas sambutan Krismas. 

Menurut sumber, pemain berketinggian 1.95 meter itu bersetuju bersama Pahang selepas sebelum ini dikatakan kontrak tidak dilanjutkan. 

"Sudah pasti ia berita baik buat penyokong Tok Gajah kerana Goulon kekal bersama Pahang musim depan.  Kehadiran pemain tinggi lampai ini sudah pasti menjadi pertaruhan terbaik Pahang untuk mengukuhkan kubu pasukan musim depan," katanya. 

Ditanya kedudukan Dickson Nwakaeme yang dikatakan kekal bersama Pahang, sumber itu berkata, segalanya belum lagi dimuktamadkan. 

"Kita tungu dan lihat sehingga hujung bulan ini sama ada Nwakaeme masih bersama atau sebaliknya," katanya. 

Musim ini, Pahang menyenaraikan lima import iaitu Nwakaeme dari Nigeria, Goulon (Perancis), Lazaruz Kaimbi (Namibia), Safuwan Baharudin (Singapura) dan Saddil Ramdani (Indonesia).  Setakat ini, status Kaimbi, Safuwan dan Saddil sah tidak bersama Tok Gajah musim depan manakala kedudukan Nwakaeme masih menjadi tanya tanda.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 5:23 PM