AKSI Cristiano Ronaldo ketika perlawanan Sampdoria menentang Juventus. FOTO AFP
AKSI Cristiano Ronaldo ketika perlawanan Sampdoria menentang Juventus. FOTO AFP
AFP

CRISTIANO Ronaldo meneruskan rentak cemerlangnya apabila tandukan tingginya memberikan Juventus kemenangan 2-1 di Parma untuk meletakkan kelab itu di puncak liga ketika Gianluigi Buffon menyamai rekod penampilan Paolo Maldini di Serie A.

Ronaldo menyambut hantaran lambung Alex Sandro dengan melakukan lompatan tinggi dan menanduk bola sebelum tamat separuh masa untuk Juve mengumpul 42 mata, tiga mata mengatasi Inter menjelang aksi berdepan Genoa awal pagi Ahad.

“Saya gembira dengan keputusan ini, ia jaringan yang amat bagus kerana ia memastikan kami menang tiga mata,” kata Ronaldo yang awal musim ini terjejas prestasi akibat masalah kecederaan.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berasa sakit di lutut selama sebulan tetapi kini saya OK dan mahu membantu Juventus memenangi trofi.”

Jaringan liga ke-10 pemain itu musim itu hadir selepas Gianluca Capari menyamai jaringan awal Paulo Dybala.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 11:23 AM